Saturday, December 18, 2010
Home » , » Salah Siapa Wanita Jadi Mangsa Lelaki

Salah Siapa Wanita Jadi Mangsa Lelaki

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 


Untuk apakah makhluk wanita diciptakan? Untuk menjawabnya kita kena lihat sejarah penciptaan Hawa, ketika Nabi Adam a.s tinggal di syurga, baginda menyaksikan setiap unggas hidup berpasangan, ada teman. Sedangkan baginda keseorangan, dari itu
lahirlah keinginan dalam hati Nabi Adam untuk berteman.

Kemudian Allah jadikan Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam. Tujuan Hawa diciptakan ialah untuk jadi teman berhibur untuk Nabi Adam di syurga sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Itulah sebenarnya fungsi makluk wanita itu dicipta iaitu untuk memberi kesenangan pada kaum Adam. Untuk tujuan itu, Allah cipta khas bentuk fizikal Hawa berlainan daripada kaum Adam. Supaya antara satu sama lain saling lengkap-melengkapi. Dan masing-masing ada
tugas mengikut fitrah dan bentuk fizikal yang Allah jadikan. Walaupun tugas wanita boleh berbagai-bagai tapi tugas asasi wanita itu diciptakan untuk memenuhi kehendak lelaki.

Wanita diperlukan oleh lelaki untuk menunaikan fitrahnya secara biologi. Nafsu kelamin bukanlah satu perkara kecil. Untuk tujuan itu lelaki sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk berkahwin, bagi mendapatkan wanita secara halal, sebagai isteri.

Lelaki tidak seperti wanita, lelaki tidak pernah cicir air liur kalau tidak dapat pakaian indah-indah, pinggan mangkuk yang mahal, apalagi perhiasan intan berlian. Orang lelaki tidak tertarik kepada itu semua. Tetapi apabila bertembung dengan wanita cantik, yang dedah aurat, manja-manja pula, itu yang boleh buat ada lelaki yang tidak boleh tidur malam.

Maknanya keinginan lelaki pada wanita lebih besar dari keinginan wanita terhadap lelaki. Lelaki mudah terangsang bila melihat wanita seksi yang terdedah auratnya, sedangkan wanita umumnya tidak mudah terangsang dengan hanya melihat lelaki walaupun se-Handsome mana.

Oleh sebab itu wanita diperintahkan oleh Allah untuk tutup aurat serapi-rapinya. Kerana jika dibenarkan wanita dedah aurat, inilah yang jadi punca kerosakan dalam masyarakat. Wanita yang mendedahkan aurat bermakna dia telah menyediakan diri untuk menjadi bahan rangsangan pada lelaki.

Lelaki yang tipis imannya, bila sudah terangsang tidak kira lagi halal atau haram, dosa atau pahala, akan mencari jalan untuk melepaskan keinginannya pada kaum Hawa. Jadilah cerita perogolan dan kes zina.

Bolehkah kita hanya letakkan kesalahan pada pihak lelaki saja jika berlaku kes rogol? Walhal kalaulah wanita tidak memulakan dulu sudah tentu orang lelaki masih dapat membendung keinginannya.

Ada yang tidak setuju wanita dipersalahkan dalam kes rogol. Kononnya wanita yang terlibat jadi mangsa rogol itu berpakaian sopan, dan katanya lagi bukan wanita muda saja yang menjadi mangsa rogol, orang tua, kanak-kanak pun ramai yang terlibat, jadi mangsa lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Sejauh mana ukuran kesopanan pakaian yang dikatakan itu? Kalau ikut orang Melayu, pakai baju kurung itu sopan, baju kebaya pun pakaian sopan. tapi apakah pakaian yang disebutkan tadi sudah cukup sopan mengikut kaca mata syariat?

Pakaian yang diiktiraf untuk wanita Mukmin yang boleh menyelamatkannya dari mata keranjang lelaki ialah mempunyai ciri-ciri tertentu. Pakaian itu mestilah dari warna yang gelap, misalnya hitam, kelabu, cokelat, longgar dan tidak menampakkan bentuk badan. pakaian itu dapat menutup kecantikan wanita.

Tempat yang paling cantik bagi wanita ialah di mukanya. Jadi muka kena tutup juga sebab di situlah kecantikan wanita yang dapat disaksikan dalam keadaan dia sudah bertudung. Walaupun ada kelonggaran dalam Mazhab Shafie membenarkan buka muka dan tangan tapi itu dalam keadaan yang tidak berlaku fitnah.

Sedangkan wanita yang hidup sezaman dengan Rasulullah yang bebas dari fitnah pun menutup seluruh badannya. Buktinya dalam ibadah haji kaum wanita disuruh buka muka dan tangan. Ini menunjukkan di luar ibadah haji wanita menutup seluruh tubuhnya kecuali mata. kalau wanita sudah sedia membuka muka dan tangannya perlu apa diwajibkan untuk wanita buka muka dan tangan sewaktu haji?

Perintah menutup aurat ini dikuatkan lagi oleh firman Allah dalam surah Al Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimua, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu. Dan
Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Dalam ayat di atas Allah sebutkan pakaian Jilbab iaitu sejenis pakaian yang longgar dan besar yang menutup seluruh badan wanita. Dalam ayat di atas juga Allah katakan tujuan pakaian itu agar wanita itu mudah dikenali samada dia wanita Mukmin atau kafir.

Yang paling penting pakaian itu dapat menyelamatkan wanita dari diganggu. Tentulah maksud diganggu itu luas. Antaranya termasuklah dari gangguan lelaki. jadi tidak ada sebab wanita akan jadi mangsa lelaki kalau dia sudah benar-benar mengikut ciri-ciri pakaian yang
diperintahkan oleh Allah kerana Allah sendiri yang menjamin keselamatannya.

Juga tidak hairanlah kalau wanita yang memakai pakaian "sopan" ikut selera orang Melayu akan jadi mangsa gangguan lelaki kerana pakaian kebaya yang dikatakan sopan itu sangat menampakkan bentuk tubuh badan wanita. terutamanya bahagian dada. Begitu juga baju
kurung, masih tidak memenuhi ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh Islam. melainkan kalau baju kurung itu dibuat besar, longgar dan dari kain yang berwarna gelap. Tapi kalau dari kain yang berbunga-bunga, ini masih termasuk dalam "tabarruj" yakni berhias-hias.

Tentang ada hujah yang mengatakan kanak-kanak perempuan juga jadi mangsa rogol, walhal kanak-kanak bukannya pakai pakaian yang menghairahkan. Ini pun sebenarnya berpunca dari kes yang sama. Kes wanita dedah aurat. Lelaki sudah terangsang nafsunya mungkin
tidak dapat melepaskan pada wanita yang merangsangnya, ataupun kadang-kala tidak mudah untuk mendekati wanita-wanita muda. Kanak-kanak lebih mudah dihampiri dan diperdayakan. Sebab itu tanpa pilih bulu, tanpa mengira usia ada lelaki tergamak melakukannya
sekalipun terhadap kanak-kanak.

Saya bukanlah hendak membebaskan lelaki perogol dari kesalahannya, tetapi kita terpaksa menimbang dari banyak sudut sebelum kita meletakkan simpati kepada mangsa rogol. Walaupun mungkin ada sebab-sebab lain yang mendorong ke arah berlaku kejadian itu.

Sebenarnya kalau manusia lari daripada yang ditetapkan oleh Allah mereka akan ditimpa kehinaan di dunia dan di akhirat. Hina di dunia kerana terpaksa berhabis-habisan untuk beli pakaian yang up-to-date. Sedangkan fesyen pakaian sentiasa berubah-rubah.
terpaksalah jadi hamba pakaian.

Dan yang paling malang kalau pakaian yang cantik lawa itu jadi sebab lelaki jatuh hati dan terdorong untuk berlaku serong terhadap dirinya. Tidak mustahil dia akan jadi mangsa rogol atau terlibat dengan kes zina dan akan ditinggalkan. Seperti kata pepatah Melayu,
"Habis madu. sepah dibuang."

Berapa ramai hari ini wanita yang sedang menanggung kehinaan ini kerana ditinggalkan oleh lelaki setelah diri mereka dinodai, melahirkan anak tanpa bapa?

Hina di akhirat kerana dosa dedah aurat dan dosa kerana jadi sebab untuk orang lelaki buat maksiat terhadap dirinya. Dosa ini kalau tidak diampun oleh Allah boleh jadi sebab dia dihumbankan ke neraka.

Wal `iyazubillah.

Sumber : Inbox AltafDarwish

Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.