Monday, November 29, 2010

Kelebihan Inai...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Sabda Rasulullah S.A.W :-

1. "JANGANLAH KAMU MENCABUT UBAN KERANA IANYA ADALAH CAHAYA ISLAM.BARANGSIAPA SEHELAI RAMBUTNYA MENJADI UBAN DI DALAM ISLAM, DITULIS UNTUKNYA SATU KEBAIKAN DAN DIAMPUNKAN SATU KEJAHATAN DAN DINAIKKAN SATU DARJAT" - diriwayatkan oleh Abu Daud.

2. "SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK UNTUK MENUKARKAN WARNA KEPUTIHAN RAMBUT ADALAH DENGAN INAI" - diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.

Inai telah lama digunakan di negara2 timur sebagai pewarna semulajadi. Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai diambil daripada pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah pada bulan Mei dan Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh dibuat lakaran pada anggota badan seperti tangan dan kaki yang boleh ditanggalkan. Maharaja dan ratu Parsi menggunakan inai sebagai skrub badan. Ratu Egypt, Cleopatra pula menggunakan inai untuk kecantikan rambutnya.

Amnya, inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai:

- boleh melarut
- sejuk dan kering.

Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden.

Kegunaan inai:-

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk. Kelebihannya:

- Mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan kehilangan bendalir
- Mengurangkan jangkitan/infeksi

2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran 4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan. Kelebihannya:

- Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi

- Mencantikkan kulit kaki
- Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal2 dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/cacar air menggunakan ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu.

10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap") dan biarkan selama 3 jam atau lebih. Kelebihannya:

- Menguatkan akar rambut
- Memberi kilauan pada rambut
- Menghilangkan kelemumur
- Melembut dan memelihara rambut
- Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
- Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur

13. Kelebihan menginaikan muka/anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan selama ½ jam atau
sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari. Kelebihannya:

- Melindungi kulit dari cahaya matahari
- Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2 minggu)
- Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
- Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih

Readmore...
Tuesday, November 9, 2010

Ingain Hidup Bebas Dari Hutang???? Inilah Masanya..

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Asslamualaikum & salam 1 mlysia..kpd mereka yg ingin hidup bebas hutang @ selesaikan smua htng, bleh hbungi sy di talian 017-961 9454 utk mndapatkan cara yg btul n bkesan bagaimana utk m'langsaikan hutang piutang anda yg tempohnya 10thn hingga 30thn (PTPTN, BANK- RUMAH & KERETA) dlm masa 3thn sahaja.Untuk pelbagai soalan anda boleh email datinsrifieza_2013@yahoo.com. Teima Kasih ats kesudian anda mlayari blog ini.

p/s : thnks kepada fieza kerana sudi meletakkan iklan di blog ini...
Readmore...

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester

1 Komen Telah Diberikan, Anda Bila Lagi
 
Kepada semua rakan blogger yang akan menduduki peperiksaan akhir semester, saya dengan rasa bangga dan tanpa segan silu ingin mengucapkan semoga berjaya dan buatlah yang terbaik untuk diri anda sendiri... Doakan kejayaan kita bersama... amin...
Readmore...
Monday, November 1, 2010

Nak Tau cara Bayar Hutang dengan Mudah???

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Asslamualaikum & salam 1 mlysia..

kpd mereka yg ingin hidup bebas hutang @ selesaikan smua htng, bleh hbungi sy 017-961 9454 utk mndapatkan cara yg btul n bkesan, bsamalah kita mnbantu smbil b'amal k jn yg di redhai.. Amin, wasalam ..

p/s: ni dari inbox admin, kalau sesiapa nak entri mereka di post dalam blog ni, sila lah ke email form di bawah yek... thnks kepada fieza..
Readmore...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.