Thursday, May 28, 2009

Saf Solat Yang Selama Ini Kita Abaikan!!!!

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)




Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)



Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan


3 Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4 Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no.. 436)


Kedudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi


Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini


Wallahualam..

*
Artikel ini dapat melalui email yang tidak diberikan sumbernya. Terima kasih kepada penulis asal
Readmore...

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan.



ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semas a nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .."

Wallahualam....
Readmore...
Wednesday, May 27, 2009

Pakai t'shirt bercetak dalam solat..

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Syarat sah solat antaranya ialah menutup aurat. Menutup aurat pula bagi lelaki ialah dari pusat sampai ke lutut dan pakaian tersebut hendaklah bersih.

Bagaimana dengan memakai t'shirt yang bercetak? Kena lagi kalau bercetak dengan gambar syaitan. Kalau kita perhatikan memakai t'shirt bercetak dalam masjid macam menjadi trend pula dikalangan remaja.

Memakai t'shirt bercetak sememangnya sah tetapi menggangu orang lain yang bersolat di belakangnya dan seperti tidak beradab.

Cuba lihat pakaian remaja di bawah. Remaja ini menunaikan tanggungjawabnya dengan bersolat tetapi kalau diamati tulisan di baju yang dipakainya tu

"BORN TO ROCK DRINK AND F**K" .

Tak sesuai langsung. Lebih baik mamat tu terbalik sahaja t'shirt tu sebelum solat.Inilah pengaruh barat yang dibawa ke dalam masjid. Masyaallah..

Klik gambar untuk besarkan...

Readmore...
Tuesday, May 26, 2009

Hukum mempercayai surat/email/sms berantai

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Email/surat berantai ialah email yang menceritakan tentang kelebihan-kelebihan ayat Al-Quran atau cerita mengenai agama. Asalnya email ini memang elok diforwardkan sebagai mengingati sesama taulan tetapi penulis email asalnya pula seperti mengugut jika tidak menghantar kepada orang lain kita kan dilanda musibah.

Ini yang tak betulnya kerana seolah-olah kita menganggap email/surat itu mengandungi satu kuasa sedangkan yang Maha Berkuasa ialah Allah SWT. Mempercayai benda-benda karut ini boleh membawa kepada kurafat silap-silap mahu tergelincir iman kita...

rujukan drp laman web JAKIM: http://baheis. islam.gov. my/web/musykil_ new.nsf

soalan 1:
Assalamualaikum, baru-baru ini saya kerap dapat forwad sms yg mengatakan tentang kiamat, dan nasihat supaya perbanyakkan amalan...dalam mesej tersebut dinyatakan bahawa saya mesti forward mesej kpd orang lain.

Wa'alaikumussalam wrt. wbt. Sebagai umat Islam kita wajib mempercayai adanya hari qiamat. Peringatan SMS yang diberikan untuk memperbayakkan amal ibadat merupakan peringtan yang baik, tetapi mempercayai akan ditimpa kesusahan sekiranya mesej tersebut tidak difowardkan kepada orang lain adalah sesuatu yang tidak benar dan tidak wajib dipercayai. Segala kebaikan dan keburukan adalah datang dari Allah SWT.

Soalan 2:
Assalamualaikum Saya ada menerima risalah, email dan kadang-kadang menerima sms mengenai beberapa patah ayat suci Al-Quran yang telah diterjemah ke dalam bahasa melayu supaya di hantar kepada orang lain

Menerima sebarang bentuk surat berantai yang meminta kita memanjangkan kepada orang lain dan jika tidak berbuat demikian akan menerima musibah adalah satu khurafat yang perlu dijauhi segera.Ini kerana dalam akidah Islam kita diajar bahawa sesuatu yang menimpa kita adalah daripada qadha' dan qadar Allah S.W.T.bukannya daripada mesej surat tersebut.Mempercaya i surat tersebut dibimbangi ia akan membawa kepada penyelewengan akidah.Oleh itu elakkkan diri daripada mempercayai sesuatu yang karut marut. .

Soalan 3:
Saya telah banyak kali mendapat e-mel yang mengarahkan untuk menghantar semula e-mel itu kepada seberapa banyak kenalan islam. sekiranya sy tidak menghantar e-mel itu saya akan menghadapi situasi buruk

Panel menasihatkan saudara agar tidak mempercayai email-email atau SMS sebegini kerana ianya mengandungi unsur-unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik. Tidak perlu sebarkan email tersebut kepada orang lain. Sebaliknya hendaklah kita berpegang kepada seruan yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah serta kitab-kitab yang muktabar. Sekiranya meyakini surat tersebut boleh menyebabkan berlakunya sesuatu musibah sekiranya tidak mengambil tindakan daripada saranan dari surat tersebut, dibimbangi membawa kepada syirik

Perkara buruk atau baik yang berlaku adalah qada' qadar dari Allah. Pemikiran manusia tidak dapat menjangkau apa yang akan berlaku pada masa akan datang atau mengetahui perkara-perkara ghaib. ugutan seperti diatas bukan dari ajaran Islam dan mempercayai sesuatu yang buruk akan berlaku dengan melakukan sesuatu yang pelik ditakuti akan membawa kepada tergelincir dari akidah Islam (syirik).

Soalan 4:
Salam saya dgn tiba2 teringat dahulu saya ada menerima surat wasiat berantai dan tanpa mengatahui jika saya mengedarkannya akan jatuh syirik. saya telah mengedarkannya. ..setelah beberapa lama saya mengucap kembali

Anda tidak tahu tentang perkara tersebut dan jika anda mengetahuinya anda cuma perlu bertaubat. Perkahwinan anda adalah sah. Tidak perlu sampai ke tahap mengucap semula.

Wallahualam
Readmore...

6 perkara yang Allah SWT sembunyikan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam..
Readmore...

Wudhu' zahir dan batin

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk manafaat kita bersama, Wallahualam...
Readmore...
Saturday, May 2, 2009

Jika kamu...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya....Janganl ah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah

renung-renungkanlah..
Readmore...

Al-Quran teman di kubur

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
walau apa sekalipun jangan
tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika
sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARI BACA AL-QURAN!! !
Readmore...

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR............... ....

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.

Wallahualam
Readmore...

Persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Sebut pasal hantaran pada zaman ini, seakan dianggap macam value seseorang perempuan itu. Kalau yang graduate tu biasanya hantarannya lebih mahal dari yang setakat SPM. Ini belum dikira paras rupa, kedudukan keluarga dan sebagainya.

Saya tidak tau value market sekarang ini tapi rasanya purata dalam RM8,000 hingga RM10,000. Hantaran di tentukan oleh pihak pengantin perempuan kononnya untuk cover kenduri kahwin. Belanja kenduri kahwin, jika di bandar yang saya mendapat info dari teman yang berpengalaman ialah dalam RM20,000 ke atas. Ini majlis yang biasa-biasa jer bukannya grand sangat.

Memang tiada untung pun pasal kita bukan nak berniaga anakkan? Tujuan majlis perkahwinan pun sebenarnya untuk menghebahkan anak lelaki / perempuan tu dah kahwin.

Tetapi tahukan anda persiapan majlis perkahwinan untuk puteri Rasulullah SAW?

Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman dan taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra', puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.

Tahukah awak apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abi Talib?

* alat menggiling gandum
* bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
* alat penumbuk
* sebuah bekas air
* kulit yang di samak
* sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.

Beliau bertanya, "Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?"

Nabi SAW menjawab : "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."


Wallahualam...
Readmore...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.