Tuesday, April 20, 2010

Keajaiban Air Mata...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Aku bukanlah Superman, aku juga bisa nangis…


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Lama kelamaan menangis memang boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah anggap kerana menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja? Ini dia 7 keajaiban yang bisa Anda dapatkan setelah menangis dan berair mata.


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bisa menurunkan level stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24 percent protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahwa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata.


5. Mengurangi stres
Bagaimana menangis bisa mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.


6. Membangun komunikasi
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga bisa membantu seseorang membangun sebuah komunikasi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu setelah menangis, jangan dipendam kerana Anda biasa menangis meledak-ledak.
Readmore...

Adakah anda tau?

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Adakah anda tau?! Aku pun baru tau..

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..


2. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.


3. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.


4. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..


5. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.


6. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.


7. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.


8. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.


9. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.


10. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.


11. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.


12. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.


13. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.


14. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office…

Readmore...

Jangan jadikan masa sebagai alasan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Seorang teman berkata, “Saya minat menulis, tapi saya takde masa. Saya harus bekerja dan kemudian mengurus anak sebelum dan selepas kerja. Bagaimana caranya? “Apa jawapan saya? “Memang, siapa yang punya waktu?”


Saya menjawab dengan sebuah pertanyaan, siapa yang punya masa? Jawapannya adalah semua orang. Semua orang punya masa. Kita sama-sama memiliki waktu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Siapa yang hanya punya waktu 20 jam sehari? Atau hanya 5 hari dalam seminggu?


Yang membezakan setiap orang, bukan jumlah masa yang dimiliki, kerana semua orang memiliki waktu yang sama. Yang membezakan adalah keputusan setiap orang bagaimana menggunakan waktunya. Saya punya waktu 24 jam, untuk apa saja yang memanfaatkan waktu saya? Anda juga punya waktu 24 jam, untuk apa saja waktu yang anda punya?

Jujur, sering kali jawapan saya bukan yang mereka (yang merasa tidak punya waktu) inginkan. Saya sendiri tidak tahu jawapan apa yang mereka inginkan. Saya bukannya tidak bersimpati terhadap orang yang sibuk dengan kewajibannya. Tetapi, kesibukan memang tidak pernah habis, dan semua itu adalah keputusan anda. Anda mahu menggunakan masa anda untuk apa.


Toni Morrison, seorang ibu tunggal yang harus mengurus 2 anak dan bekerja untuk menyara kedua anak-anaknya memenangi anugerah Pulitzer dan hadiah nobel atas tulisannya. Saat ditanya, bagaimana boleh menulis di tengah kesibukannya, dia menjawab:


“Menulis di waktu senggang”


Mungkin ada yang membantah, “Saya tidak punya waktu senggang”


Sekali lagi, terserah anda. Adakah anda mahu memiliki “masa senggang” atau tidak, semuanya pilihan dan keputusan anda.


“Tapi, banyak yang harus saya lakukan!” Siapa yang tidak? Semua orang memiliki tugas yang harus dilakukan. Hanya pemalas yang tidak mempunyai kewajipan. Hanya pemalas yang banyak memiliki waktu terluang. Semua orang, yang sedar akan kewajipan, akan selalu sibuk kerana banyak yang perlu dilakukan. Hanya saja, apa yang harus anda lakukan juga ada pilihan anda.


Mengapa tidak membuat alasan agar anda boleh mempunyai masa? Jika anda bertahan pada alasan tidak punya masa, maka anda akan terus tidak punya masa. Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan menggunakan sebahagian masa untuk hal tertentu, maka anda pun akan punya masa.

Readmore...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.