Tuesday, December 22, 2009

Salam Semua

1 Komen Telah Diberikan, Anda Bila Lagi
 
Readmore...

Kebaikan VS Kejahatan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Bersama-sama kita melakukan kebaikan..
Readmore...

Level Of Faith...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Tegakkan islam, tinggkatkan amal, pelihara iman...
Readmore...

Oh Teman....

2 Komen Telah Diberikan
 
Marilah kita menambah teman dalam diri kita... Saidina Ali R.A pernah berkata, orang yang lemah ialah orang yang tidak mampu mencari teman dan yang paling lemah dari itu ialah apabila dia mensia-siakan teman yang telah dicarinya...
Readmore...

Lawan Nafsu..

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Readmore...
Saturday, December 19, 2009

Minat Nasyid Klasik??

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Kat sini aku ada upload beberapa lagu nasyid dulu2, masa aku kecik2 dulu.. best gak dengar lagu dulu2 ni.. Teringat zaman muda.. hihi.. sesiapa yang berminat leh la download..


Al - Jawaher
(www.4shared .com)
Perjalanan (feat M.Nasir).mp3
Seroja.mp3
Assalamualaikum.mp3
Kembara Di Tanah Gersang.mp3
Ku_Pohon_Restu_Ayah_Dan_Bonda.mp3
Entah La Entah Tidak.mp3
Tegakkanlah solat.mp3
Mohon PadaNya Sujud PadaNya.mp3
Ya Illahi.mp3
Dunia.mp3
Selamat_Hari_Raya.mp3
Warna Alam.mp3
Perjalanan II.mp3
adam dan hawa.mp3

Nak download?? klik pada tajuk lagu..
credit to 4 shared.
credit to downloadnasyid.blogspot.com
Readmore...
Friday, December 18, 2009

Gambaran Alam Mahsyar

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a. s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

Baca lagi.. »

Readmore...

Membuka Pintu Rezeki

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari – Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , – rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..
Insya Allah

Wallahuallam..

Readmore...
Monday, December 14, 2009

Kemusnahan Dunia Kian Hampir E-Book Mediafire Link

2 Komen Telah Diberikan
 


Kata Pengarang:
Salam semua. mungkin ada yang tidak dapat online untuk menerima maklumat ini. Jadi saya terbitkannya di dalam buku,maka anda boleh bacanya tanpa menggunakan internet dan yang lebih penting dapat menyebarkannya secara meluas.di dalam e-book ini akan diulaskan mengenai pertubuhan dajjal yang berada di dunia ini. Tidak terkecuali pertubuhan ini bertapak di Malaysia. Pembongkaran mengapa al-aqsa mahu dirobohkan dan palestin di serang. Pembangkitan dajjal di akhir zaman, pembongkaran cara pembangkitan dajjal melalui tenaga negatif yang terdapat pada bangunan2 dan yang paling penting sekali adalah rancangan mereka pada dunia ini.semuanya akan terbongkar di sini.. Anda akan lihat realiti yang sebenar... Allah pasti akan memberi ganjaran kepada siapa yang berjuang untuk agamanya. Ingatlah hidup hanya sekali, akhirat adalah selamanya. Berjuanglah kita kerana illahi selagi nyawa di ampung badan..

Blog:
http://holywar-efairy.blogspot.com/

E-Book Info:
Bab 1 :Pertubuhan-pertubuhan Dajjal Al-Masikh
1.1 secret society
1.2 secret society-illuminati
1.3 secret society-freemason
1.4 Secret Society-Pangkat Dalam Freemason
1.4 Secret Society-Priory Of Sion
1.5 Secret Society-Bilderberg Group
1.6 Secret Society-Council on Foreign Relationship (CFR), Trilateral Commission (TC)
1.7 Secret Society-Rahsia The Great Seal
1.8 Secret Society-Pangkat Dalam Freemason
1.9 Secret Society-thirteen Illuminati Bloodlines

Bab 2 : Kewujudan dan bukti freemason di Malaysia
2.1 Senibina berunsurkan Illuminati.
2.2 Misteri di sebalik ciptaan bendera Malaysia
2.3 matlamat freemason
2.4 Prinsip-Prinsip Freemason:

Bab 3 : Sign rahsia (the one eye around us)
3.1 Konspirasi Dunia : Artis-Artis Illuminati

Bab 4: Mengenali Dajjal
4.1 Doa menghindari fitnah dajjal

Bab 5 : Rancangan kejam mereka pada 2012?!
5.1 Konspirasi Dunia- The Millennial Temple
5.2 Konspirasi Dunia- One World Government
5.3 Konspirasi Dunia- World Trade Center 9/11
5.4 Konspirasi Dunia- World Trade Center 9/11

Bab 6 : Umat Islam ditindas,siapakah penyelamat,nantikan kedatangan Panji Hitam U***** Timur
6.1 Kajian Hadis Rasullulah Tanda Kiamat- A Days Of Dajal
6.2 Para Syuhada Gaza Tersenyum
6.3 Kekejaman Yahudi
6.4 Kajian Hadis Rasullulah Tanda Kiamat- Panji Hitam U***** Timur
6.5 Khutbah Terakhir Rasullulah- 2 Senjata Terbesar Umat Islam

Download Link:
http://www.mediafire.com/?qmkl2yhwxz2
*pass:freeourmind

*credit to kamil - AMH
Readmore...
Tuesday, December 8, 2009

40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Sebenarnya bukan tak layak cuma perlu baiki sikap-sikap yang tak elok tu.
~admin~


Email Oleh : Insyira Arman

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

Baca Lagi..
Readmore...

Fahaman Wahabi

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Ade orang tanya aku, ape maksud wahabi?? boleh ke kita ikut?? jom kita baca sama-sama artikel ni..

Isu hangat terkini mengenai penangkapan Ustaz Asri iaitu bekas Mufti Perlis oleh JAIS kerana membuat ucapan tanpa tauliah.

Macam-macam andaian tetapi kebanyakannya berpendapat Ustaz Asri ditangkap kerana mengajar dan menyebarkan fahaman Wahabi walau pun dinafikan oleh waki JAIS.

Kebiasaanya fahaman wahabi ni menolak fahaman yang dikatakan bidaah . Contoh antara fahaman wahabi ialah

Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

Baca Artikel Penuh..
Readmore...

Jangan Menampal Dunia Dengan Mengoyakkan Akhirat!

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : " Sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat" (hadith sahih riwayat Muslim no. 987, Abu Daud, Nasaie).

Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut."
(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)


Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia
a. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
b. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
c. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
a. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
b. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
c. (su'ul khatimah)
d. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
a. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
b. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
c. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
d. Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan
Hari Qiamat
a. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
b. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
c Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Ikrar Muslim Sejati: Allah Matlamat Kami, Ar-Rasul Ikutan Kami, Al-Qur'an Panduan Kami, Jihad Jalan Kami, Mati Di Jalan Allah Cita Tertinggi Kami!

Amin Ya Rabbal A'lamin … Wallahualam
Readmore...

Sinar Islam..

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Setiap hari sebelum subuh, Irna selalu mendengar suara orang seperti menyanyi-nyanyi dengan bahasa yang langsung tidak difahaminya. Selalunya dia akan menutup telinganya apabila mendengar bunyi itu tetapi pada hari itu dia sungguh berbeza. Hatinya tertanya-tanya apakah yang selalu dibaca oleh rakan sebiliknya, Siti Fatimah itu. Dia segera bangun secara senyap supaya tidak didengari oleh rakannya yang sungguh khusyuk membaca sebuah buku sambil menyanyi itu.. Semasa dia mendengar suara itu, kadang-kadang dia juga mendengari rakannya itu menangis sambil menyanyi. Apabila sampai sahaja waktu subuh, rakannya itu seperti membuat satu senaman yang memang asing baginya. Hatinya sarat dengan pertanyaan yang terbuku dihatinya. Selesai mengerjakan senaman itu, Fatimah menadah tangan dan kedengaran tangisan seperti meminta ampun kepada seseorang. Irna bingung. Selama dia tinggal di London, tidak pernah sekalipun seseorang manusia seperti rakannya itu mengerjakan senaman dan menyanyi setiap pagi. Tidak lupa juga dia melihat rakannya itu mengerjakan senaman yang sama sebanyak lima kali sehari. Dia bertekad untuk bertanya kepada rakannya itu tentang apa yang dilihatnya pada pagi itu.

Baca Lagi..
Readmore...

Pembaziran tanpa disedari...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahualam..
Readmore...

Bagaimana hendak kita mengenal kecelaan diri sendiri?

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Bagaimana hendak kita mengenal kecelaan diri sendiri?

Di sini ketahuilah bahawa allah SWT apabila berkehendak kebaikan pada hamba-hambanya,nescaya diperlihatkannya kekurangan dan kecelaan diri hambanya,iaitu manusia.Siapa yang penglihatan mata hatinya tembus,nescaya tidak tesembunyi segala kecelaan pada dirinya.Maka apabila ia mengetahui kekurangan dan kecelaannya nescaya mudahlah baginya mengubat kecelaan-kecelaan penyakit-penyakit hati.

Akan tetapi kebanyakan manusia jarang sekali dapat melihat kecelaan dan keaiban dirinya sendiri malah kecelaan dan keaiban yang ada pada orang lain itu baginya adalah lebih terang dan nyata.Kalau begitu amatlah sukar untuknya mengubat dan membaiki kecelaan yang melekat pada dirinya.Maka kerana itu Imam Al Ghazali menunjukkan jalan-jalan bagaimana dapat mengenal kecelaan dan keaiban diri iaitu dengan empat cara.

1) BERGURU DENGAN GURU YANG MURSYID
2) BERTEMAN SAHABAT YANG SOLEH
3) MENDENGAR KATA MUSUH
4) BERGAUL DENGAN MASYARAKAT
Readmore...

Sejarah Melaka

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Assalamualaikum. Masa aku kecik-kecik dulu aku pernah terdengar orang tua-tua bercerita pasal sejarah Melaka. Cerita ini tidak tercatat di mana-mana buku sejarah dan hal ini adalah berkenaan dengan punca kekalahan Melaka semasa peperangan kedua menentang Portugis (Melaka berjaya mematahkan serangan Portugis ketika peperangan pertama dengan meletakkan obor api di sekeliling pantai). Sungguh bijak orang Melaka! Seterusnya mari kita lihat punca kekalahan Melaka ketika peperangan kedua.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kekalahan tersebut. Antaranya, kes pertarungan Tuah dan Jebat. Setelah ketiadaan Jebat, Hang Tuah merasa teramat kesal, maka dia telah menghilangkan diri. Diikuti juga dengan Lekir, Lekiu dan Kasturi. Mereka berasa amat malu dengan kejadian tersebut dan turut mengikuti jejak langkah Hang tuah (Dengan takdir Allah, Tuah, Lekiu, Lekir dan Kasturi telah bertemu semula di Pangkalan TLDM Lumut. Diorang dah bertukar jadi kapal Navy).

Baca lagi.. »

Readmore...

Isu penangkapan Dr. Asri

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Bekas Mufti Perlis tidak dinafikan mempunyai ramai penyokong dan juga pembenci. Itu sudah tabiat manusia yang amat pelbagai. Kita tidak akan mampu untuk mengelakkan diri dari berbeza pendapat, saya juga banyak berbeza pendapat dengan beliau. Kita juga adakalanya tidak mampu untuk mengelak diri dari dibenci secara tiba-tiba, apatah lagi jika seseorang itu terkenal.

Namun, yang dibimbangi adalah perbezaan pendapat yang membawa kepada permusuhan yang dahsyat, label melabel, tuduh menuduh, dan sesat menyesatkan. Sehingga jika diselami hati para pembenci, pasti ada terlihat keinginan yang amat luar biasa malah keji seperti ingin melihat pihak yang lain ditangkap, dipenjara atau lebih dari itu, meninggal dunia.

Padahal isu yang berbangkit kebanyakannya adalah isu yang bersifat zhonni atau yang menerima perbezaan takwilan dan pandangan. Tidak wajar dipergaduhkan dalam bentuk yang ekstrem dan keras. Memadailah untuk mengemukakan hujjah balas kepada apa yang dirasakan lemah, dan kemudian jika pihak di sebelah sana tidak dapat menerimanya, berlapang dadalah.

Baca Lagi..
Readmore...

Tenaga Ajaib Tersembunyi...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Adakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

Baca lagi.. »

Readmore...

Orang Islam sebenarnya mendahului Columbus

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Pernah dengar cerita Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Melaka merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau disebut sebagai Henrich dalam bahasa Sepanyol.

Panglima Awang telah mengikuti Ferdinand Magellan mengelilingi dunia tetapi Ferdinand Magellan telah dibunuh di Kepulauan Filipina, jadi perjalanan beliau untuk mengelilingi dunia tidak lengkap.

Artikel di bawah pula mengemukakan fakta orang Islam dari Sepanyol dan Afrika adalah orang yang terdahulu menemui benua Amerika sebelum Columbus.

1. A Muslim historian and geographer ABUL-HASSAN ALI IBN AL-HUSSAIN AL-MASUDI (871-957 CE) wrote in his book Muruj adh-dhahab wa maadin aljawhar (The meadows of gold and quarries of jewells) that during the rule of the Muslim caliph of Spain Abdullah Ibn Mohammad(888-912 CE), a Muslim navigator, Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad, from Cortoba, Spain sailed from Delba (Palos) in 889 CE, crossed the Atlantic, reached an unknown territory(ard majhoola) and returned with fabulous treasures. In Al-Masudi’s map of the world there is a large area in the ocean of darkness and fog which he referred to as the unknown territory (Americas).(1)

Baca lagi.. »

Readmore...

Mengapa perlu berdoa...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Mengapa Perlu Berdoa?
Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?

Suatu ketika dahulu saya sering putus asa di dalam berdoa. Kekadang terasa sangat penat dan bosan berdoa kerana sangat penat menunggu apa yang diinginkan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sejak mengenal Allah SWT sehinggalah beberapa tahun yang lepas, saya sering memikirkan mengapa perlunya saya berdoa sedangkan Allah SWT mengetahui segala apa yang saya inginkan.

Mengapa Perlu Berdoa?

Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.

Baca Lagi.. »

Readmore...

Muhasabah diri

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
* Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
* Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
* Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
* Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
* Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
* Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
* Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
* Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
* Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
* Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
* Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”

Readmore...

Bercermin Diri

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

BERCERMIN DIRI

Tatkala kudatangi sebuah cermin
Tampak sesosok yang sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh , sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat

Tatkala kutatap wajah , hatiku bertanya . Apakah wajah ini yang kelak akan
bercahaya bersinar indah di surga sana ?
Ataukah wajah ini yang kelak akan hangus legam di neraka Jahannam

Tatkala kutatap mata, nanar hatiku bertanya
Mata inikah yang akan menatap penuh kelezatan dan kerinduan….
Menatap Allah , menatap Rasulullah , menatap kekasih-kekasih Allah kelak ?
Ataukah mata ini yang terbeliak , melotot , menganga , terburai menatap
Neraka Jahannam………..
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?
Wahai mata , apa gerangan yang kau tatap selama ini ?

Baca Lagi..

Readmore...

Bicara ahli sufi dan ahli maksiat

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi oleh seseorang yang sudah sekian lama hidup dalam kemaksiatan, sering mencuri, selalu menipu, dan tak pernah bosan berzina. Orang ini mengadu kepada Ibrahim bin Adham,
“Wahai tuan guru, aku seorang pendosa yang rasanya tak mungkin bisa keluar dari kubangan maksiat. Tapi, tolong ajari aku seandainya ada cara untuk menghentikan semua perbuatan tercela ini?”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Kalau kamu bisa selalu berpegang pada lima hal ini, niscaya kamu akan terjauhkan dari segala perbuatan dosa dan maksiat.

Pertama, jika kamu masih akan berbuat dosa dan maksiat, maka usahakanlah agar Allah jangan sampai melihat perbuatanmu itu.”
Orang itu terperangah,
“Bagaimana mungkin, Tuan guru, bukankah Allah selalu melihat apa saja yang diperbuat oleh siapapun? Allah pasti tahu walaupun perbuatan itu dilakukan dalam kesendirian, di kamar yang gelap, bahkan di lubang semut pun.”

Wahai anak muda, kalau yang melihat perbuatan dosa dan maksiatmu itu adalah tetanggamu, kawan dekatmu, atau orang yang kamu hormati, apakah kamu akan meneruskan perbuatanmu? Lalu mengapa terhadap Allah kamu tidak malu, sementara Dia melihat apa yang kamu perbuat?”

Baca lagi.. »

Readmore...

Kepercayaan Masyarakat Melayu

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Kepercayaan turun-temurun masyarakat Melayu

Oleh
Noor Hasnah Adam

Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.
Misalnya, seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, masyarakat Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan.

Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.

Baca lagi.. »

Readmore...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.