Saturday, May 14, 2011

Maher Zain - Insya Allah Malay and French

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Korang pernah dengar lagu inshaAllah versi melayu??? hah sekarang ni, kuar pulak dalam versi french... so dengarkanlah yek...


Artist:
Maher Zain

Title:
Insya Allah Malay Version
Lyric:
(Malay Version)
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Kembalilah kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah Doa

Oh Ya Allah..
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku
Ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah…..


(French Version)
Si parfois tu as du mal à avancé si tu te sent seul, si tu te sent paumé.
Quand la nuit s'éternise, que l'obscurité t'oppresse même désemparé, même si tu sait quelle voie suivre.
Ne baisse pas les bras et ne perd pas espoir car Allah est toujours proche de toi..

Refrain1:
Incha'allah..x3
Tu trouveras ta voie
Incha'allah..x3
Tu trouveras ta voie

Si parfois tu commet tans de fautes que pour te repentir tu pense qu'il est trop tard.
Tellement confus des mauvais choix que tu fais qui rend tout ton esprit et emplisse ton cœur de haut.
Ne baisse pas les bras et ne perd pas espoir car Allah est toujours proche de toi..

Refrain1

Vas vers Allah, il n'est jamais très loin, fais lui confiance lève tes mains et pris Ouh Ya Allah guide nos pas et protège nous de l'errance.
Tu es le seul qui puisse
'nous montrer la voie'x4

Refrain2:
Incha'allah..x3
Nous trouverons notre voie
Incha'allah..x3
Nous trouverons notre voie

Refrain2
refrain2

Download Link:-

http://www.mediafire.com/?tlib6j4sy8cnh9e (Malay Version)
http://www.4shared.com/audio/fi21GsKI/Maher_Zain_-_Insha_Allah_-_Fre.htm (French Version)

Credit to : Nasyid For Us
Edited By : AltafDarwish
Readmore...
Sunday, May 8, 2011

Sambut Hari Ibu Haram????

1 Komen Telah Diberikan, Anda Bila Lagi
 

Salam semua, tengah duk layan Fb tadi, tetiba je ada statement yang mengatakan menyambut hari ibu ni haram.... betul ke??? jom baca artikel kat bawah ni...

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


p/s : terpulang pada anda untuk mentafsirkan bagaimana ia berlaku...

Sumber :
http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
Edited by : AltafDarwish
Readmore...
Sunday, May 1, 2011

Salam Penerusan..

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Asslamualaikum semua... agak lama saya meninggalkan blog ni sebab sibuk dengan assignment, test, dan sekarang ni sibuk dengan final exam... Aktiviti sampingan seperti bernasyid, latih vokal dan lain-lain menyebabkan saya tiada kesempatan untuk membuka blog ni... kepada rakan follower, saya memohon kemaafan yek...

Dan kepada yang sedang bertarung tenaga untuk final exam, semoga semuanya selamat yek...
Readmore...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.