Saturday, December 18, 2010
Home » , , » Kuharap Sinar - Saff Heart

Kuharap Sinar - Saff Heart

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Saff Heart merupakan sebuah kumpulan nasyid lahir dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Kumpulan tersebut ditubuhkan bagi mengembangkan lagi industri nasyid tanahair disamping menaikkan lagi nama Universiti dipersada dunia.

Lagu Kuharap sinar pernah di bawa untuk pertandingan nasyid di UITM pulau pinang. Alhamdulillah Penyertaan kali ini memberi peluang kepada Saff Heart dengan memenangi tempat ke 3 dari 25 IPTA / IPTS yang bertanding...


Kepada pembaca blog ni, berilah sokongan kepada kumpulan Saff Heart ni untuk meneruskan lagi misi dakwah mereka agar dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat...

Jadi terimalah Saff Heart - Kuharap Sinar.

video

Ku Harap Sinar

Hembusan Angin Malam,
Mendingin Hati Duka,
Ku Merapatkan Harap,
Memohon Keampunan..

Dosa Selama Ini,
Hadir Membanyangiku,,
Mahuku tidak mahu,
Terus Menghantuiku…

Bagaikan duka mengundang derita,
Diam tanpa bicara lelah berkata-kata,
Ampunilah segala bebanan dosa,
Wahai Tuhanku Yang Maha Pengampun,
Kau Tahu Apa Yang Terbuku di kalbu,
Pinta Ku Perkenankan Doaku…

Cahaya iman di dada,
Petunjuk yang Maha Esa,
Menghapus durja kejahatan dunia,
Sinaran wahyu dan sabda,
Terpancar dari baginda,
Melayari Lara Hidup Dunia…

Suburkanlah iman di dalam dada,
Agar hidup bahagia,
Di dalam pentas dunia yang fana,
Bangkitkanlah Semangat Yang Telah Padam,
Bangunlah wahai insan,
Menuju jalan islam yang gemilang,
Penawar duka pengubat lara…

Bangunlah Temanku Dari Tidur Lenamu,
Binalah Iltizammu Ke Arah Yang Satu,
Bukakan Hati Dan Mindamu…

Luruskan Jalanmu Capailah Impianmu,
Teguhkan Imanmu Tegakkan Agamamu,
Pasti Hidupmukan Damai Selalu…

Cahaya iman di dada,
Petunjuk yang Maha Esa,
Menghapus durja kejahatan dunia,
Sinaran wahyu dan sabda,
Terpancar dari baginda,
Melayari Lara Hidup Dunia…

Suburkanlah iman di dalam dada,
Agar hidup bahagia,
Di dalam pentas dunia yang fana,
Bangkitkanlah Semangat Yang Telah Padam,
Bangunlah wahai insan,
Menuju jalan islam yang gemilang,
Penawar duka pengubat lara…

Bangunlah Temanku Dari Tidur Lenamu,
Binalah Iltizammu Ke Arah Yang Satu,
Bukakan Hati Dan Mindamu…

Luruskan Jalanmu Capailah Impianmu,
Teguhkan Imanmu Tegakkan Agamamu,
Dari Garis Perjuangan Hidupmu…

Bantulah ku Wahai Tuhan,
Hambamu Mengharap Sinar,
Dari Kealpaan Tiba,
Di Penghujung Zaman Kita…

Bantulah ku Wahai Tuhan,
Hambamu Mengharap Redha,
Bebaskan Dari Kehinaan,
Hidup Perlu Kemerdekaan…

Dari Noda Yang Berkalang Dijiwa,
Dari Musuh Yang Tiada Dimata…

Lirik & Lagu : Mohd Shahir Bin Haji Mohamad Noor
: Mohd Najib Bin Ab Razak
: Saff - Heart

Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.