Soalannya :-
Adakah jawapan tidak batal itu untuk pondan dan khunsa?
Adakah apa2 perbezaan antara pondan dan khunsa?
Jika khunsa sembahyang berjamaah, dalam saf manakah dia patut berada?
jawapan:
1. Pondan vs Khunsa
Khunsa dari bahasa Arab bermaksud ‘lembut’. Dari sini timbulnya istilah kaum lembut, mak nyah atau pondan. Menurut kamus dewan, pondan ialah lelaki yg memiliki sifat perempuan atau sebaliknya (perempuan yg memiliki sifat lelaki). Dalam bahasa Indonesia di namakan banci atau waria.
Menurut syara’: khunsa ialah seseorang yg diragui seksnya (jantinanya) sama ada kedua-dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tapi batinnya perempuan atau sebaliknya. Menurut Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Fatwa Darul Ifta’, ada dua jenis khunsa: khunsa ghayr musykil (khunsa yg senang ditentukan kecenderungan seksnya dan khunsa musykil (yg sukar ditentukan).
2. Jika khunsa yg ghayri musykil (yg sudah dikenalpasti jantinanya), maka status wudhu’ dan ibadahnya menyerupai kaum yg ditentukan (samada lelaki atau wanita). Cth: jika khunsa itu sudah disahkan perempuan, maka jika anda bermadzhab Syafi’iy, maka batallah wudhu’ jika bersentuhan dgnnya.
3. Posisi mereka dalam solat: Jumhur menetapkan khunsa berada di barisan ke tiga selepas dewasa, kanak-kanak lelaki dan khunsa selepas itu baru wanita (alMughny, 2/42) Berdasarkan hadis umum dari Abu Daud, Sunan, 1/181 Allahu a’alam
Edited by : AltafDarwish