Saturday, December 18, 2010
Home » , , , » Lelaki Dan Wanita Apakah Bezanya??

Lelaki Dan Wanita Apakah Bezanya??

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 


1. Kecantilkkan seorang wanita ialah terletak sejauh mana dia dapat menahan malunya, sementara kegagahan lelaki terletak sejauh mana dia dapat menahan marahnya.

2. Suami adalah orang yang mencari kebahagian dengan menghilangkan sebahgiaan dari kemerdekaannya.

3. Wanita banyak menghadapi permasalahan: sebahagian di atasi dengan perkahwinan dan sebahagian diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

4. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialahketika ia menerima anda sebagai suami.

5. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

6. Yang di inginkan oleh gadis ialah seorang suami,dan apabila dia sudah memilikinya dia menginginkan segalanya.

7. Wanita boleh memaafkan satu pengkhianatan suaminya tapi tak boleh melupakan.

8. Kecantikkan wanita tidak ada apa-apa jika di bandingkan kemuliaan dan akhlak keperibadiannya.

9. Sebelum kahwin wanita hafal semua jawapan dan selepas kahwin dia hafal semua pertanyaan.

10. Barang siapa mengahwini wanita kerana kekayaannya maka dia telah jual kemerdekaannya.

11. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa wanita lelaki akan bermalam di dalam gelap.

12. Wanita lebih cepat menitiskan air mata berbanding lelaki dalam mengingati sesuatu peristiwa.

13. Wanita akan tertawa bila dia mampu tapi akan menangis bila dia inginkan sesuatu.

14. Pudarlah kebahagiaan seseorang wanita itu sekiranya tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

15. Wanita sangat berlebihan dalammencintai dan membenci, dan tidak kenal pertengahannya.

16. Tidak mungkin seorang lelaki boleh hidup bahagia tanpa didampingi isterinya yang mulia.

17. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta tapi lelaki mencintai untuk hidup bahagia.

18. Seorang wanita yang bijak sana akan menambah gula ketika berbicara dengan suaminya dan mengurangkan garam pada ucapan suaminya.

19. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, cuma yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikkan.

20. Bagi lelaki yang terakhir kali mati adalah jantungnya dan wanita adalah lidahnya.

21. Wanita tidak di cipta untuk dikagumi oleh semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

22. Pada waktu bertunang lelaki banyak berbiacra dan perempuan mendengarkannya,pada saat perkahwinan wanita banyak berbicra dan lelaki mendengarkannya. sesudah berkahwin suami isteri banyak berbicara dan para jiran mendengarkannya.

23. Setiap wanita mempunyai dua mata. adapun wanita wanita yang kuat cemburunya ada tiga mata, satu di kanan satu di kiri dan satu lagi di hala kearah suaminya.

24. Wanita pada umumnya sangat takut akan munculnya uban dan wanita - wanita yang cantik yang menjadi saingannya.

25. Isteri yang bersikap jujur dan setia pada suaminya meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

26. Seseoarang wanita akan mengahadapi kesulitan apabila berada di antara lelaki yang di cintainya dan yang mencintainya.

Sumber : Inbox AltafDarwish

Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.