Memanglah facebook tak bersalah orang yang create page tersebut tetapi facebook seperti tidak mengendahkan bantahan-bantahan orang Islam. Sepatutnya facebook telah ban page tersebut tetapi sehingga entry ini ditulis page tersebut masih ada lagi yang 107,613 orang sukakannya.
Sebagai tanda kasihkan Rasulullah SAW masihkah sangup kita melayan facebook yang membenarkan Nabi Muhammad SAW di permainkan.? Amat melampau di page tersebut beribu orang telah melukis gambar yang menghina Nabi Muhammad.
Rasulullah dihina tapi kita masih berfacebook? Susah nak hilangkan ketagihan FB ni.
Pelajar Universiti di Pakistan membuat bantahan yang mendesak kerajaan mereka mengharamkan Facebook.
Jika anda masih sayang nak tinggalkan facebook kerana sebab tertentu mari ‘like’ page yang membantah page
“Everybody Draw Mohammed Day!” iaitu:
AGAINST “Everybody Draw Mohammed Day!”
Page ini telah memboikot Facebook pada 20 May yang lalu. Sehingga artikel ini ditulis telah 148,186 orang sukakannya.