Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki.
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya
Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam.
Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran
Barisan ketiga - Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking.
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat
Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya.
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli
Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk.
Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah
Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus.
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya
Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya.
Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan
Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala).
Manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat
Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya
berapi.
Mereka di dunia memakan harta anak yatim
Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal).
Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya
Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik.
Mereka di dunia meminum arak
Barisan keduabelas - Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya.
Merekalah golongan beriman dan beramal soleh
Kita dibarisan mana agak2 nya??? jadi, renung2kan dan selamat beramal..