Wednesday, October 13, 2010
Home » » Kembali lagi...

Kembali lagi...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Salam semua, agak lama la aku tak update blog ni... Bukan kerana malas tapi kerana banyak tugasan yang perlu di selesaikan... wah bermadah pulak dah... k lah kita ke tajuk yang nak di masukkan dalam entri hari ni...

Ahmadinejad Bawa Al- Quran dan Injil


Mahmoud Ahmadinejad,Presiden Iran membawa al-Qu’ran dan Injil semasa membuat ucapan di sidang tahunan Perhimpunan Agung PBB di New York, Khamis 23 September 2010 .

Aksi itu dilakukan Ahmadinejad pada pertengahan ucapannya, setelah para diplomat dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara lain melakukan boikot (Walkout).

Semasa menunjukkan dua kitab itu, Ahmadinejad membayangkan kes penghinaan terhadap al-Quran. “Kitab suci Qur’an merupakan Buku dari Ilahi dan keajaiban abadi bagi Islam,” kata Ahmadinejad dalam ucapannya, sama dengan naskah yang dihantar ke laman rasmi PBB.

“Kita secara bijak harus mencegah jangan sampai masuk ke tangan-tangan Syaitan. Mewakili bangsa Iran, saya hormat kepada semua Kitab Tuhan dan para pengikutnya. Ini adalah al-Quran dan ini adalah Injil. Saya menghormati keduanya,” kata Ahmadinejad sambil memperlihatkan kedua-dua kitab itu.

Sebelum itu , dia mengingatkan bahawa para nabi memiliki misi bagi umat manusia untuk percaya pada satu Tuhan (monoteisme), cinta dan keadilan sekaligus menunjukkan belas kasih bagi kemakmuran serta menjauhi ateisme dan egoisme.

Namun, pemimpin berusia 53 tahun itu mengatakan bahawa ajaran para nabi itu sering tercermar oleh “ego dan nafsu tamak” manusia. Dia selanjutnya memberi sejumlah contoh bagaimana manusia sudah berkali-kali diperingati oleh para utusan Tuhan.

“Namrud menghadapi Nabi Ibrahim dan Firaun menghadapi Nabi Musa. Kaum tamak menghadapi Nabi Isa Al-Masih dan Nabi Muhammad . Dalam beberapa abad terakhir, etika dan nilai kemanusiaan telah ditolak sehingga menyebabkan kemunduran,” kata Ahmadinejad.

Dia pun menyayangkan bahawa nafsu untuk mendapatkan kapital dan dominasi telah menggantikan ajaran monoteisme, yang merupakan gerbang bagi cinta dan persatuan. “Ini akhirnya menimbulkan pelbagai konflik yang membuka jalan bagi terjadinya perhambaan dan kolonialisme,” kata Ahmadinejad.

Selanjutnya, Ahmadinejad mula mengkritik pedas kepada AS, kapitalisme, dan juga kepada PBB. Itulah yang membuat para delegasi dari negara-negara melakukan aksi boikot dengan meninggalkan ruang persidangan semasa Ahmadinejad masih berpidato.

Menurut stesen televisyen CNN, mereka yang Walkout adalah delegasi dari AS, England, Sweden, Australia, Belgium, Uruguay dan Sepanyol.

Credit to isuhangat.net

Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.