Wednesday, August 11, 2010
Home » , » Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Ahlan wasahlan ya Ramadhan... kepada semua pembaca blog AltafDarwish, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh barakah ini... Moga kita mendapat keberkatan bersama... ingatlah, di bulan ini pintu syurga dibukakan dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu syaitan yang durjana.. Malaikat juga merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda...

Sejarah Ramadhan


1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)


Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir

Sumber : Isuhangat.net

Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.