Saturday, June 5, 2010
Home » , , » Tips Ketika Berkawan

Tips Ketika Berkawan

1 Komen Telah Diberikan, Anda Bila Lagi
 

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.


2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.


3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri / suaminya atau kaum keluarganya.


4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.


5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri, sahabat.


6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.


7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.


8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.


9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.


10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.


11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.


12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t


Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

One Response so far.

  1. nurulonew says:

    nak copy leh x??hehehe..(please:t:)
    nnti sy credit ke awak..^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.