Allah Maha Besar   
Doa Iftitah  
Allah Maha Besar  dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi  dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang  musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan  kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari  golongan orang Islam. 
Al-Fatihah  
Dengan nama Allah  yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan  semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai  hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau  kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. 
Bacaan  ketika rukuk 
Maha Suci TuhanKu  Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. 
Bacaan  ketika bangun dari rukuk 
Allah mendengar  pujian orang yang memujinya. 
Bacaan ketika  iktidal 
Wahai Tuhan kami,  bagi Engkaulah segala pujian. 
Bacaan ketika  sujud 
Maha suci TuhanKu  yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 
Bacaan  ketika duduk di antara dua sujud 
Ya  Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah  darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku. 
Bacaan  ketika Tahiyat Awal 
Segala  penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas  engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke  atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada  Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh  Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.  
Bacaan ketika  Tahiyat Akhir 
Segala  penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas  engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas  kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada  Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh  Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas  keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga  Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 
Doa Qunut  
Ya Allah, berilah  aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak  terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang  Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi  Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang  telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas  keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula  aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya  allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah  meninggal
dunia"
Monday, November 17, 2008
        
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan Terkini
Powered by Blogger.
Subscribe to email feed






