Saturday, June 8, 2013

Teman Di Dalam Kubur

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Sekadar Hiasan

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya"

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya"

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" .Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya..... AMIN

Readmore...
Tuesday, March 27, 2012

Mirwana feat. Altimet - Itu Ini Begitu Begini Mediafire Link

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 


Artist:

Mirwana feat. Altimet

Title:
Itu Ini Begitu Begini

Lyric:
(INTRO):

Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(CHORUS):

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(VERSE 2)

Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili,
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan air mata.

Download Link:
http://www.mediafire.com/?ny3vd15xddzhxr1

Credit to : Nasyid For Us
Posted by : Altafdarwish
Readmore...
Saturday, December 31, 2011

Selamat Menyambut Tahun 2012

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Kepada semua rakan blogger, selamat menyambut tahun baru 2012. Moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya...

Pautan
Posted by :AltafDarwish
Readmore...
Thursday, December 29, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Dalam keghairahan mengejar peperiksaan akhir semester ni, sempat jugak la aku nak ucapkan semoga berjaya kepada semua kawan blogger dan semua kawan-kawan yang mengenali diri ini... Diharapkan dengan segala usaha yang telah di lakukan akan menghasilkan sebuah kejayaan... InsyaAllah...

Bukan mudah untuk berjaya... Tapi jangan mengalah untuk berusaha...


Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester dan semoga berjaya... Bittaufiq Wan Najah..

Posted By : AltafDarwish
Readmore...
Monday, August 15, 2011

(Bisik-Bisik Gelora) - Novel Terbaru Fauziah Ashari

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Semalam selepas berbuka puasa dengan member kat Jaya Jusco @ melaka, singgah la kat kedai buku popular... tengah belek2 novel, tetiba jumpa pulak novel terbaru Fauziah Ashari... aku memang minat giler ngan penulis ni... dah lama dye tak keluarkan novel terbaru... Akhirnya berbaya jugak aku mendapatkan nya...

Siapa yang tak kenal dengan penulis novel Ombak Rindu. Dah diadaptasikan ke filem pun novel Ombak Rindu ni dan akan ditayangkan tak lama lagi. Pelakon popular pulak tu yang berlakon dalam Filem Ombak Rindu ni. Ok, novel terbaru Fauziah Ashari akan dilancarkan masa Pesta Buku Antarabangsa yang akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail PWTC Kuala Lumpur pada 22 April 2011 - 1 Mei 2011.


Ok, novel terbaru Fauziah Ashari ni akan diterbitkan oleh Buku Prima. Siap ada cop novelis paling popular lagi kat cover page. Jom baca sinopsis Bisik-Bisik Gelora novel Fauziah Ashari yang terbaru ni.


Sinopsis novel Bisik-Bisik Gelora


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Posted By : AltafDarwish
Edited By : AltafDarwish
Readmore...
Friday, August 12, 2011

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 



Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

Edited By : AltafDarwish
Posted By : AltafDarwish
Readmore...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.