Showing posts with label Puisi jiwa. Show all posts
Showing posts with label Puisi jiwa. Show all posts
Thursday, December 30, 2010

Kenapa Lelaki Gemar Melihat Tubuh Wanita

4 Komen Telah Diberikan
 

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Sumber : Best Of Me 321
Edited by : AltafDarwish
Readmore...
Friday, July 2, 2010

Nilai Malu

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU,
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya,
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya,
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu...

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya,
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai,
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL,
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU,
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT,
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!,
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !.."

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya,
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR,
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt,
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!...

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN,
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya...

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya,
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya,
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU,
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA,
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu..

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!

Sumber : Inbox AltafDarwish
Readmore...
Saturday, June 19, 2010

Kecantikan Dan Kegagahan..

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada murni rohani...

Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa,
Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummi,
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.





Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan,
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...

Sumber : Inbox AltafDarwish
Readmore...

Kawan Di Akhir Zaman Ini

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Renungi bicara rakan kita ini... dan fikirkan sejenak.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh

Sumber : Inbox AltafDarwish
Readmore...
Tuesday, June 1, 2010

Jadilah Seperti Lelaki Ini....

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Sumber : Inbox AltafDarwish
Readmore...
Monday, May 31, 2010

Dalam Mencari Persoalan Persahabatan..

1 Komen Telah Diberikan, Anda Bila Lagi
 

Dalam mencari persoalan persahabatan,
Aku menyusuri denai malam,
Mengikut jejak – jejak sang pendita,
Menuntut sejengkal ilmu,
Untuk menilai diri sendiri...

Apakah diri ini tidak kenal erti perngorbanan?
Apakah diri ini tidak kenal erti ketabahan?
Apakah diri ini tidak kenal erti kesetiaan, kejujuran dan keyakinan?
Kala itu, aku menatap hiba,
Rintihku tiada siapa yang mendengar,
Hanya luahan hati pada yang tiada bernyawa sebagai tanda rasa kepuasan..

Apa yang terjadi sebenarnya?
Adakah aku sendiri yang mesti dipersalahkan?
Adakah aku penyebab perselisihan ini?
Adakah aku penyebab pertengkaran ini berlaku?
Adakah aku punca perbalahan ini berlaku?

Pujangga pernah mengungkapkan kata madahnya,
Sahabat perlu mengenali sahabatnya dengan penuh perhatian..
Cuba fahami apa yang diminati dan lakukanlah…
Tapi…
Perlukah setiap kali perbalahan terjadi,
Hanya aku yang perlu bertolak ansur?
Hanya aku yang perlu memulakan ungkapan maaf?
Bagaimana dengan dia????

Dia seolah tidak mengerti apa yang perlu dia lakukan….
Apakah kita harus melakukan?
Sedarlah….
Bukan aku tidak mahu melakukan dahulu,
Tetapi....
Hanya aku yang selalu memulakan...
Andai dia yang salah,
Aku yang perlu minta maaf dan bertolak ansur,
Patutkah????
Sepatutnya, kata pujangga itu perlu lebih difahami…

Kesalahanku bukan sengaja,
Mungkin kerana terlalu letih,
Mungki kerana terlalu banyak bebanan,
Mungkin terlalu banyak masalah yang sedang difikirkan…
Fahamilah….
Aku bukan sengaja….

Pernah kau berkata,
Masalah luar jangan di bawa masuk ke dalam bilik...
Aku cuba elakkan,
Tapi kau melakukan...
Adakah ini kesilapanku lagi...

Kau kata supaya aku jangan cepat terasa,
Tapi kau melakukan...
Adakah ini kesilapanku lagi....

Kau kata supaya jangan mudah marah,
Tapi bila kau bertikam lidah denganku,
Walaupun perkara itu sebesar kuman,
Kau yang melebih – lebih...
Adakah ini juga kesilapanku...

Kau juga pernah berkata agar jangan bermasam muka,
Tapi kau melakukannya,
Aku cuba mengelak,
Tapi...
Aku cuba menyekat kemarahaanku,
Aku cuba untuk senyum,
Tapi kau melakukannya....
Adakah ini salahku...

Memang aku mengaku,
Semua itu pernah terjadi padaku,
Tapi....
Aku cuba sedaya upaya untuk mengubahnya...
Ingatlah!!!
Perubahan bukan boleh dilakukan hanya sekelip mata...

Tapi...
Bila kau pula yang melakukannnya,
Aku jadi tidak tahu,
Adakah aku yang bersalah?
Atau kau yang patut di persalahkan…

Dalam hal ini,
Aku tidak menyalahkan sesiapa,
Kerana aku tahu,
Kau sahabat terbaikku....
Aku sayangkan mu..

Sedarlah sahabatku,
Aku amat mennyayangi dirimu,
Pernah aku mengungkap kata sayang padamu,
Ingatlah...
Itu bukan kata – kata kosong,
Aku dengan sesungguhnya menyayangimu,
Kau sahabatku....
Walau apapun yang terjadi,
Maafkan aku sahabat..
Maafkan aku...
Maafkan aku...
Readmore...
Tuesday, December 22, 2009

Level Of Faith...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Tegakkan islam, tinggkatkan amal, pelihara iman...
Readmore...

Oh Teman....

2 Komen Telah Diberikan
 
Marilah kita menambah teman dalam diri kita... Saidina Ali R.A pernah berkata, orang yang lemah ialah orang yang tidak mampu mencari teman dan yang paling lemah dari itu ialah apabila dia mensia-siakan teman yang telah dicarinya...
Readmore...
Wednesday, June 24, 2009

Cecahkan dahimu ke sejadah

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Cecahkan dahimu ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh
tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi
segumpal darah Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga

Readmore...

Seindah Hiasan Adalah Wanita yang solehah

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang
meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli
dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita
yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada
syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan
wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya
cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,

biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan
kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi
cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang
iman lelaki.

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap
orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan
dengan mereka yang kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil
untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala
ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa
berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.
Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa.
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada
tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri
telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan
satu lagi untuk menolong
orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya,
bukan pada bentuk tubuhnya,
atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang
dunia. Kerana di matanyalah
terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat
berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan
yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan
perhatian
dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu


***SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH***
Readmore...
Tuesday, November 11, 2008

Semalam

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

USAHLAH…

Usahlah perasaan dengki itu kita hidupkan
Untuk menambahkan lagi khianat di dalam kehidupan
Usahlah api cemburu itu kita nyalakan
Kelak menambah kesengsaraan di dalam kehidupan
Usahlah perasaan dendam itu kita tumbuhkan
Hanya merosakkan tanaman sebuah kesucian
Sebaliknya pupukanlah sepenuh keiklasan
Bagi mengeratkan sesebuah pertalian persaudaraan...

BURUAN…

Manusia semakin hanyut di dalam pelukkan kealpaan
Pegangan hidup pasti terlucut di dalam kejahilan
Keimanan diri terus melukar meminta kebebasan
Ketakwahan terus menjadi bahan buruan
Yang memburu akan terus berkejaran
Dan yang diburu akan sentiasa dicengkam ketakutan
Namun yang pasti keimanan dan ketakwahan
Yang berada di dalam jiwa kemanusiaan
Merupakan butiran mutiara yang menyinarkan
Maka terdamparlah jauh segala gangguan syaitan
Dengan silaunya mentari cahaya keinsafan
Itulah berkat kurniaan Tuhan menanda sayang yang berkekalan...

RENUNGKANLAH…

Lucutkanlah perasaan dendam yang semakin menguasai
Sebagaimana tali yang dilepaskan dari genggaman jari
Buangkanlah perasaan dengki dari bicara mulut yang tidak bererti
Sebagaimana air yang dikomur keluar dari mulutmu setiap pagi
Jauhkanlah perasaan cemburu yang tertanam dari bisikkan naluri
Sebagaimana ingin kau lontarkan jauh batu api yang berlaga di hati
Kuburkanlah perasaan ingin saling menyakiti sesama sendiri
Sebagaimana ingin kau bunuh bara kekejaman di sana sini...

AKAL FIKIRAN, KESABARAN DAN KEYAKINAN…

Kita dikurniakan dengan akal dan fikiran
Akal untuk berfikir secara matang di dalam kehidupan
Dan fikiran untuk meluaskan pendalaman ilmu seseorang
Kita juga dihadiahkan dengan berkat kesabaran
Kesabaran yang ternyata amat berguna ketika diperlukan
Di saat kesusahan hidup menggugat keimanan seseorang
Itulah kegunaan kombinasi antara akal fikiran dan kesabaran
Untuk membentuk seseorang itu agar lebih berkeyakinan
Yakin pada diri sendiri di saat dihadapkan dengan pelbagai dugaan
Oleh itu setelah berfikir dengan matang akan kudrat yang dilimpahkan
Dengan terpupuknya sesebuah berkat kesabaran menanggung penderitaan
Maka dia akan lebih yakin pada diri sendiri untuk menempuh segala rintangan...

Adaptasi : Abadi_Rindu
Readmore...
Sunday, November 9, 2008

Sayap Kehidupan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Hidup ini bagaikan burung yang berterbangan
Terbang bebas di atas awanan
Melihat bumi yang sering kekecohan
Melihat manusia di medan peperangan
Puas melihat segala keganasan
Kembali terbang mencari ketenangan
Menatap keindahan dunia di dalam kepupusan
Ramai yang masih lari mencari perlindungan
Namun manusia tidak pernah merasa kepuasan
Ada sahaja yang ingin dilakukan
Sehingga hilang rasa perikemanusiaan
Sehingga ada yang seolah hilang pedoman
Ingatlah seketika wahai manusia budiman
Nanti tiba jua suatu masa yang menjelang
Kita seperti burung yang patah sayap terbang
Di waktu itu barulah kita tersedar dari lamunan
Bahawa usia kita sudah berlanjutan
Apa kan daya masa tidak boleh dikembalikan
Akhirnya kita pasti jatuh keruntuhan
Ibarat burung yang sudah ketinggalan…

Nukilan:Abadi_Rindu
Readmore...

Roda Kehidupan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Hidup ini bagaikan roda di jalanan
Ada kalanya kita di atas awanan
Dan ada kalanya kita di bawah lautan
Seperti burung dan ikan diumpamakan
Bagaikan burung yang tinggi berterbangan
Dan ikan yang berenang di dasar perairan
Namun kedua-dua bayangan yang disebutkan
Adalah sebagai satu tatapan
Bahawa kesenangan tidak berkekalan
Dan kesusahan tidak berpanjangan
Yang penting di dalam hidup seharian
Ialah bekerja keras demi memantapkan
Menghormati demi menjalinkan
Menyanyangi demi mengeratkan
Mengasihi demi perpaduan
Agar dapat kita hidup dengan lebih ketenangan…

Nukilan: Abadi_Rindu
Readmore...

Dunia Khayalan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Rempuhan angin nakal yang bertiupan
Seakan membawa bunyi geseran dedaun Kemboja yang meresahkan
Memecah kesepian dan kesunyian yang semakin dirasakan
Di saat engkau dan aku di ambang perpisahan...

Ku tatap wajahmu dengan penuh ketenangan
Ku renung matamu dengan degup debaran
Ku belai rambutmu dengan keasyikkan
Membelai manja setiap senyuman di dalam khayalan...

Biarpun waktu berada di dalam suasana keterasingan
Ku cekalkan hati ini untuk terus menyingkap tabir kenangan
Sebuah ikatan tali persabahatan yang menjalinkan
Dua insan yang masih rapuh seusia kehidupan
Yang mempunyai terlalu sedikit kesempatan bagi suatu pencarian
Mencari secebis kasih sayang yang tidak berpanjangan
Dek ditelan arus globalnisasi dan alam kemajuan
Yang telah meragut segala perikemanusiaan di dalam insan...

Masa yang berlalu seakan tidak mahu mengerti atau memahami
Akan pahit-maung perasaan yang sedang aku alami
Ketika kehadiran diri ini sepertinya tidak dihargai
Ketika suara hati ini tidak pernah ingin engkau dengari
Dengarlah, dengarlah jeritan batinku yang menangis selalu
Meminta agar diri ini dapat belaian manja dari mu
Supaya tangisan yang disendukan selama ini akan berlalu
Tetapi ternyata tangisan itu juga yang masih menghantui tidur malamku...

Lagu indah sudah tidak dapat ku jadikan teman
Madah puitis sudah hilang sengat tajam dalam luahan
Airmata yang kian berguguran semakin setia untuk menemankan
Membalut luka dek sengatan tajam luahan perasaan
Kicauan rimba yang pulang ke sarang mulai kedengaran
Namun tidak dapat menghiburkan hati yang keresahan
Dengan perlahan kaki ku aturkan lalu mata ku cuba pejamkan
Satu-persatu memori silam mula berkunjungan
Ku biarkan memori itu terus memakan heretan waktu kedukaan
Ku biarkan memori itu terus menguasai keceriaan di dalam kehidupan
Ku biarkan memori itu terus berlagu nada sedih tiada tertahan
Dan ku biarkan memori itu terus meragut kasih sayang yang kehancuran...

Tidak! Hanya itu sahaja yang dapat ku luahkan
Sebagaimana sebuah kehidupan yang tidak pernah diulit dengan kebahagiaan
Suatu keriangan yang tidak pernah singgah di dalam sesebuah kehidupan
Seperti segala kedukaan, kekecewaan masa nan lalu sudah dikembalikan...

Aku hanyalah teman untuk berbicara
Kehadiran ku sememangnya tidak diduga
Perhubungan kita sekadar hanya teman biasa
Sebagaimana yang sering dilafazkan oleh mu setiap masa
Kebodohan diriku semakin terserlah dengan titisnya airmata yang berguguran
Usahlah engkau teruskan dengan watak yang dilakonkan
Kerana aku sudah mulai bosan dengan dunia pementasan
Dunia yang hanya menjanjikan kata-kata manis di alam khayalan

Nukilan: Abadi_Rindu
Readmore...

Ibu...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir – bibir manusia.

Dan " Ibuku " merupakan sebutan terindah,

Kata yang semerbak cinta dan impian,

Manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa.


Ibu adalah segalanya,

Ibu adalah penegas kita dikala lara,

Impian kita dalam rengsa,

Rujukan kita di kala nista.


Ibu adalah air mata cinta,

Kemulian, kebahagian dan toleransi,

Siapa pun yang kehilangan ibunya,

Ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang sentiasa merestui dan memberkatinya.


Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu,

Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya,

Matahari tidak pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak,

Syahdu tembang beburungan dan sesungaian.


Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan,

Bumi menumbuhkan, menjaga, dan membesarkannya.

Pepohonan dan bebungaan adalah ibu yang tulus,

Memelihara bebuahan dan bebijian.


Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud,

Penuh cinta dan kedamaian...
Readmore...

Sinar Bayangan.

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Kasih terpaut nian di hati,

Pilu dan sayu menelan duri,

Meratah hempedu kepahitan,

Jarak bakal menghalang pertemuan,

Jalinan kemesraan bak seabad lamanya.


Seiring dan sejalan,

Tautan bunga dan sang kumbang,

Gurau senda ketawa ria,

Menjadi serangkap kenangan,

Selepas bermula perpisahan.


Terbuka pintu hati yang terkunci,

Kerana kasih sayang, kemesraan, kesetiaan dan kejujuran ini,

Tafsiran ikatan yang melangit,

Hati – hati yang tersimpul rapi,

Utuhnya akraban sejati.


Bakal ku tempuhi walau dia tiada di sisi,

Hanya menoleh ke lautan bayangan,

Kabur dalam kegelapan,

Bagai tiada lagi harapan.


Namun ku harus tabah,

Kerana bayangan itu akar meditasi,

Sinar cahaya tanpa warna – warni kehidupan,

Membawa kepada permulaan baru,

Mencorakkan lukisan perjalanan.


Sinar bayangan itu,

Siulan kebahagiaan abadi,

Kerana ku tahu kau ada bersama,

Biar tidak di mata,

Tetapi terus menyuluh panduan langkah ini.


Akan tiba saat ini,

Perpisahan tanpa di duga,

Genggaman semangat membara,

Ku pijak bumi yang nyata,

Sinar bayangan menyalakan jiwa…..


Readmore...
Friday, November 7, 2008

Debu Perpisahan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Didedikasikan Khas Untuk Sahabat Seperjuanganku...


Gelita malam perhentian,

Menyaksikan bermulanya perpisahan,

Teman - teman seangkatan,

Dedaun tunduk menyembah,

Murung dengan penantian masa.


Masa sememangnya tamak dan kejam,

Hingar deruman gergasi - gergasi,

Bakal menelan jasad - jasad,

Yang akan meninggalkan debu perpisahan.


Kulihat wajah sayu sahabat seperjuangan,

Rindu mencengkam hati,

Cuba diselindungkan jua,

Namun tiada terdaya kerahannya,

Linangan air mata mengiringi juga.


Tubuh demi tubuh menghala menaiki debu,

Kaca memisahkan sementara,

Hanya bayangan yang ketara,

Lambaian dilafazkan juga,

Diiringi titisan kepiluan.


Perginya mereka,

Tanpa sepenuh rela,

Hanya pasrah keleburan,

Mencuit kenangan silam,

Tatkala detik bersama.


Hembusan angin akhirnya tiba,

Yang tinggal hanya debu,

Bayangan semakin pudar,

Mata sudah tiada bermaya,

Menanggung beban persahabatan.


Sepantas ia bermula,

Tidak begitu mudah ia berakhir,

Titipan wajah yang gerhana,

Tiada lagi dimata,

Lalu aku menangis.


Kini hanya tinggal kenangan,

Terpahat bersama dihati,

Kan kita ketemu kembali,

Suatu masa yang ditakdirkan,

Bak menunggu waktu kelahiran.


Perpisahan hanya sementara,

Selagi debu masih ada,

Pasti kita ketemu lagi,

Menghalang kita hanyalah mati.


Selamat tinggal wahai teman,

Aku tetap menanti,

Kepulangan yang memang pasti,

Tautan janji dijadikan panji,

Bila berakhirnya laluan debu perpisahan.


...::Abadi_Is-One::...

Readmore...

Setitis Airmata Dan Seulas Senyuman

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagiaan khalayak. Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak tawa. Kuingin diriku tetaplah setitis air mata dan seulas senyuman.

Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi. Seulas senyuman menarikku dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma sebuah lambang pemujaan kepada tuhan.

Setitis airmata meyatukanku dengan mereka yang patah hati; Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.

Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan putus asa.

Aku bersedia kelaparan demi cinta dan keindahan yang ada di dasar jiwaku setelah kusaksikan mereka yang dimanjakan amat menyusahkan orang. Telah kudengar keluhan mereka dalam hasrat kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang termanis.

Ketika malam tiba bunga menguncupkan kelopak dan tidur, memeluk kerinduannya. tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman matahari.

Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan. Setitis airmata dan seulas senyuman.

Air laut menjadi wap dan naik menjelma menjadi segumpal mega. Awan terapung di atas pergunungan dan lembah ngarai hingga berjumpa angin sepoi bahasa, jatuh bercucuran ke padang-padang lalu bergabung bersama aliran sungai dan kembali ke laut, rumahnya.

Kehidupan awan-gemawan itu adalah sesuatu perpisahan dan pertemuan. Bagai setitis airmata seulas senyuman. Dan, kemudian jiwa jadi terpisahkan dari jiwa yang lebih besar, bergerak di dunia zat melintas bagai segumpal mega diatas pergunungan dukacita dan dataran kebahagiaan.

Menuju samudera cinta dan keindahan - kepada Tuhan.

~ Khalil Gibran
Readmore...
Thursday, November 6, 2008

Persahabatan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Sahabat adalah keperluan jiwa,

Yang mesti dipenuhi,

Dialah ladang hati,

Yang kau taburi dengan kasih,

Dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.


Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu,

Kerana kau menghampirinya saat hati lupa,

Dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.


Bila dia berbicara,

Mengungkapkan fikirannya,

Kau tiada takut membisikkan kata " tidak " di kalbumu sendiri,

Pun tiada kau menyembunyikan kata " ya ".


Dan bila mana dia diam,

Hatimu berhenti dari mendengar hatinya,

Kerana tanpa ungkapan kata dalam persahabatan,

Segala fikiran, hasrat dan keinginan,

Dilahir bersama dan dikongsi,

Dengan kegembiraan yang tiada terkira.


Dikala berpisah dengan sahabat,

Tiadalah kau berdukacita,

Kerana yang paling kasihi dalam dirinya,

Mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya,

Bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki,

Nampak lebih agung daripada tanah ngarai daratan.


Dan tiada maksud lain dari persahabatan,

Kecuali saling memperkaya roh kejiwaan,

Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya,

Bukanlah cinta,

Tetapi sebuah jala yang ditebarkan,

Hanya menangkap yang tiada diharapkan.


Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu,

Jika dia harus tahu musim surutmu,

Biar dia mengenali pula musim pasangmu.


Gerangan apa sahabat itu,

Jika kau sentiasa mencarinya,

Untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?,

Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!,

Kerana dialah yang bisa mengisi kekurangnmu,

Bukan mengisi kekosonganmu.


Dan manisnya persahabatan,

Biarlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan,

Kerana dalam titisan kecil embun pagi,

Hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.


Karya : Khalil Gibran
Adaptasi Oleh : Abadi_rindu
Readmore...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.