Saturday, June 26, 2010

Solat Sunat Gerhana

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk
lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari. Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I'tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I'tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

p/s : Gambar di atas menunjukkan gerhana bulan
Readmore...
Friday, June 25, 2010

Mimpi - Mimpi Rasulullah

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin....

Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.

Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.

Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.

Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.

Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.

Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.

Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.

Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.

Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.
Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke pnghujungnya.

Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.

Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

p/s : Semoga menjadi pedoman untuk diamalkan dan disampaikan....

Sumber : Inbox AltafDarwish
Readmore...

Mengingati Mati

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Peristiwa mati sangat menakutkan. Semua manusia akan mati tidak kira di mana sahaja mereka berada. Semua manusia akan menjadi mayat yang kaku. Yang hanya menunggu balasan dari segala perlakuan yang dilakukan di atas muka bumi ini. Apabila mayat itu telah dimasukkan ke dalam liang kubur, lalu ianya ditimbus dengan tanah. Setelah itu orang-orang yang mengusung dan menghantarkannya ke kubur itu akan pergi dan pulang meninggalkannya bersendirian tanpa teman, tanpa lampu, tanpa makanan, tanpa minuman, tanpa kekayaan dan tanpa segala-galanya.

Mayat terpinga-pinga dan baru sedar ianya telah mati dan ketika itu masuklah Malaikat Rumman sebelum masuknya Malaikat Munkar dan Nankir. Mukanya bersinar seperti matahari dan ia berkata kepada mayat: "Tulislah segala apa yang engkau telah perbuatkan di dunia dari kebaikan dan kejahatanmu". Maka jawab mayat: "Dengan apa hendak aku tuliskan, dan di mana aku hendak tulis?" Maka jawab Malaikat itu: " Lidahmu sebagai tinta dan jarimu sebagai kalam." Maka berkata mayat di manakah buku yang hendak aku tulis ?" Maka Malaikat Rumman mencarikan kain kafan lalu diberikan kepada mayat: " Tulislah segalanya di atas kain kafan ini."

Maka mayat pun menulis apa yang telah dilakukan di dunia dari satu kebajikan. Dan jika sampai kepada kejahatan, mayat akan berasa malu untu menulisnya. Maka berkatalah Malaikat: "Wahai orang yang salah, kenapa kamu tidak malu terhadap Zat yang menciptakan kamu sewaktu kamu melakukan dosa dahulu di dunia dan sekarang engkau merasa malu terhadap diriku ?".

Kemudian apabila mayat itu enggan menulis kejahatannya, Malaikat itu akan mengangkat tongkat pemukul dan dipukulnya mayat itu, maka berkata mayat: "Angkatlah dariku tongkat ini agar aku boleh menuliskannya." Maka mayat pun menuliskan segala kejahatannya dan kebaikannya tanpa tinggal walaupun sebesar habuk. Kemudian Malaikat meminta mayat untuk mengecapkannya. Maka berkata mayat: “Dengan apa hendak aku capkan?" Maka berkata Malaikat: "Kamu capkan dengan kuku kamu." Maka mayat pun memperlakukan sebagaimana yang diperintahkan oleh Malaikat. Setelah itu Malaikat pun menggantungkan tulisannya itu di lehernya hingga hari Kiamat. Firman Allah:

"Dan tiap-tiap manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya dan Kami keluarkan baginya pada hari Kiamat sebuah kitab yang dijumpai terbuka."

(al Isra': 13)

Setelah itu masuk pula Mungkar dan Nankir dan bermulalah soal jawab dengan si mayat mengenai Ketuhanan, Kenabian dan sebagainya. Jika mayat tidak dapat menjawab, maka ianya akan disiksa dengan siksaan yang pedih. Begitulah keadaannya di dalam kubur. Di dalam kubur lagi sudah dihukum di atas perbuatan yang dilakukan. Kalau mayat itu calon syurga, di dalam kubur lagi sudah ditunjukkan tempatnya. Dan begitu juga ahli neraka, tempat siksaannya juga telah ditunjukkan. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila seseorang itu mati, maka diperlihatkan baginya akan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia akan melihat syurga dan jika ia ahli neraka, ia pun diberi melihat neraka. Kemudian dikatakan: Inilah tempatmu yang kamu akan dibangkitkan kepadanya di hari Kiamat."

( Riwayat Muslim )

Begitulah rupanya orang yang di dalam kubur sentiasa resah menanti saat berakhirnya alam kubur, kerana tidak tahan disiksa dan tidak sabar untuk menikmati kebahagiaan di syurga. Kita yang hidup ini mengetahui kisah ini, tetapi masih lalai dengan maksiat dan dunia. Masih lalai dengan harta kekayaan dan keluarga. Bersabda Rasulullah s.a.w :

"Keberangkatan mayat itu diiringi oleh tiga hal, iaitu keluarganya, harta bendanya, dan amal perbuatannya. Yang dua akan pulang dan satunya tetap tinggal. Yang pulang ialah keluarga dan harta bendanya sedang yang tinggal ialah amal perbuatannya."

( Bukhari dan Muslim )

Amal itulah yang akan menentukan baik buruknya sekujur badan. Sama ada ianya disiksa atau dimuliakan Allah dengan direhatkan dengan kerehatan yang panjang di dalam kubur. Semoga Allah menghimpunkan kita ke dalam hamba-hambaNya yang beruntung dan mendapat petunjuk serta keredhaanNya di dunia dan akhirat. Semoga dengan itu kita akan dapat memperbaiki amalan kita dan semoga Allah pelihara kita daripada azab kubur dan mudah-mudahan dengan rahmat Allah kita semua akan terselamat daripada azab api neraka Allah yang sangat pedih itu.


Sumber : Inbox AltafDarwish
Readmore...
Thursday, June 24, 2010

Menangis Yang Dituntut Syariat

4 Komen Telah Diberikan
 

Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.

Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal di akhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang total...jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah (Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).

Sumber : Inbox AltafDarwish
Readmore...

Manusia Suka Beralasan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu:

1. Allah menolak alasan dari org kaya sekiranya dia berkata, "Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri menyebabkan aku sibuk sehingga aku tidak sempat melakasanakan amal ibadat dan kebajikan."

Fiman Allah kepadanya, "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku."

2. Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya dia berkata, "Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat pada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.

Firman Allah kepadanya, "Utusanku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu."

3. Alah menolak alasan dari orang miskin sekiranya dia berkata, "Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu."

Firman Allah kepadanya, 'kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanku iaitu Nabi Isa dan dia tidak pula mengabaikan tanggungjawabnya kepadaKu."

4. Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya dia berkata,"Penyakit inilah yg menghalangku dari beribadat kepadaMu."

Firman Allah kepadanya."Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh hambaku yang mulia iaitu nabi Ayub tetapi lidah dan hatinya tidak pernah berhenti dari menyebut namaKu.."


p/s : banyak betol alasan manusia ni yek... oleh itu, renung2kan dan selamat beramal..

Sumber : Inbox AltafDarwish
Readmore...
Wednesday, June 23, 2010

16 Rangkap Pantun Alahai Tudung...

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Tudung bawal berwarna merah
Amik 1 bayar kat kaunter depan
Pakai tundung dah cantik dah
Tapi nampak jambul didepan

Hukum Aurat di abai abaikan
Artis barat gaya di pegang
Rambut hitam di karat karatkan
Alahai aper la nak jd girl zaman sekrang

pakai tudung sekali sekala....
sekejap pakai sekejap buang...
letih dah nasihat berjela-jela....
trend semasa juga jd alasan dia-orang...

tarik atas nampak bawah
tarik bawah nampak atas
baju ketat atas dan bawah
sekali tunduk nampak ruas

tergedik-gedik sigadis manja,
duduk bersimpuh depan teruna,
tak tahu nak kata apa,
pakai tudung ikut trend katanya...

Sumber : PakCik Im
Readmore...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.