Sunday, December 19, 2010
Home » , » Perbezaan Akhlak, Moral Dan Etika...

Perbezaan Akhlak, Moral Dan Etika...

1 Komen Telah Diberikan, Anda Bila Lagi
 

Akhlak adalah pembahasan tentang perbuatan-perbuatan manusia, kemudian menetapkannya apakah perbuatan tersebut tegolong perbuatan yang baik atau perbuatan yang buruk atau berisi pembahasan dalam upaya mengenal tingkahlaku, kemudian memberikan hukum kepada perbuatan tersebut, yaitu apakah perbuatan tersebut tergolong baik atau buruk.

Adapun 5 ciri yang terdapat dalam perbuatan akhlak adalah:

1. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang telah tertanam kuat dalam diri seseorang, sehingga telah menjadi kepribadiannya.

2. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang dilakukan dengan mudah dengan menggunakan tanpa pemikiran.

3. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang timbul dari dalam diri orang yang mengerjakannya, tanpa ada paksaan atau tekanan dari luar (atas dasar dan keinginan diri sendiri) tanpa paksaan.

4. Perbuatan akhlak adalah perbutan yang di lakukan dengan sesungguhnya, bukan bermain-main atau kerana bersandiwara.

5. Sejalan dengan ciri yang ke-4 perbuatan akhlak (khususnya anak yang baik) adalah perbuatan yang dilakukan kerana ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, bukan kerana di puji orang atau kerana ingin mendapat suatu pujian.

MORAL

Suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari kehendak, pendapat atau perbuatan yang secara layak dapat di katakan benar, salah, baik, atau buruk.

Jika pengertian etika dan moral tersebut dihubungkan satu dengan yang lainnya kita dapat mengatakan bahwa antara etika dan moral memiliki objek yang sama iaitu sama-sama membahas tentang perbuatan manusia untuk selanjutnya di tentukan posisinya baik atau buruk.

Namun demikian dalam hal etika dan moral memiliki perbezaan. Dengan demikian tolak ukur yang di gunakan dalam moral untuk mengukur tingkah laku manusia adalah adat istiadat, kebiasaan, dan lainnya yang berlaku di masyarakat.

Etika dan moral sama ertinya tetapi dalam pemakaian sehari-hari ada sedikit perbezaan. Moral di pakai untuk perbuatan yang sedang di nilai, sedangkan etika di pakai untuk sistem nilai yang ada.

ETIKA

Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan upaya menentukan perbuatan yang di lakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk, dengan kata lain aturan atau pola tingkah laku yang di hasilkan oleh akal manusia.

Dengan adanya etika pergaulan dalam masyarakat akan terlihat baik dan buruknya. Etika bersifat relative yakni dapat berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman.

Sumber : Inbox AltafDarwish

Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

One Response so far.

  1. Abu Farhi says:

    Akhlak bersifat tauqifi iaitu sesuatu yang betul atau salah yang ditentukan Allah dan rasul. Moral pula bersifat relatif bergantung kepada baik buruk sesuatu adat atau tempat. Kadang adat yang baik di sesuatu tempat tidak semestinya baik di tempat yang lain. Contoh di Barat seks sesama jenis atau sebelum perkahwinan dianggap betul dan boleh tapi di timur sudah tentu perbuatan itu menjadi kesalahan besar. Berbeza dengan akhlak yang diajar oleh islam akan tetap sama samada di barat atau di timur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.