Thursday, August 6, 2009
Home » » Kecelakaan zina

Kecelakaan zina

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
“Dan orang-orang yang tidak menyeru ALLAH beserta Tuhan yang lain, dan tidak membunuh akan suatu diri, kecuali dengan haknya (hukumbunuh) dan tidak pula berzina. Barang siapa berbuat semacam itu, bertemulah dia dengan dosa” (al-Furqan;68)

“Hai sekelian orang, jauhilah oleh mu akan zina, kerana zina menimbulkan 6 kecelakaan. Ada pun yang 3 di dunia, dan 3 pula di akhirat, iaitu menjatuhkan harga peribadi, menyebabkan miskin dan mengurangi umur, dan 3 di akhirat ialah kebencian Tuhan, keburukan perhitungan dan azab siksa neraka.

(Hadith riwayat Huzaifah.)

Sejak dari syariat Nabi Musa adalah zina dilarang keras, dan jika Nabi Isa Almasih sendiri pun memandang berat perkara zina, sehingga beliau berpesan pada murid-muridnya kalau matamu telah terlanjur berzina yaitu pandanganmu kepada perempuan kerana syahwatmu, lebih baik di korek mata itu.

“ Janganlah didekati zina, kerana dia sangat keji dan jalan yang amat jahat (al-Isra’;32)

“ Orang laki-laki penzina, yang di nikahinya ialah perempuan penzina pula atau perempuan musyrik. Perempuan penzina jodohnya ialah laki-laki penzina pula atau laki-laki musyrik, dan diharamkan yang demikian itu atas orang yang beriman”

(Surah an-Nur;ayat 3)



Lelaki yang beriman hanya mencari jodoh orang perempuan beriman, begitu juga orang perempuan, agar sama-sama menuntut hidup baru yang diredhai ALLAH, kerana kehidupan berumah tangga bukanlah didasarkan kepada apa yang disebut di zaman sekarang “ dasar cinta” melainkan kepada dasar yang telah tinggi dan mulia yaitu amanah ALLAH.

Sabda Rasulullah yang bermaksud;

“Berwasiat-wasiatlah kamu terhadap perempuan dengan sebaik-baiknya kerana kamu mengambilnya jadi isteri ialah sebagai amanah dari ALLAH dan barulah halal kehormatannya bagi kamu, setelah dihalalkan dengan kalimah ALLAH”

(Hadith Bukhari&Muslim)

Berzina adalah segala persetubuhan diluar nikah, iaitu tidak dapat disahkan dengan nikah. Tidaklah di perhitungkan sukakah kedua belah pehak atau tidaksuka, walau pun pehak yang seorang memaksa atau memperkosa atas pehak lain. Perzinaan menurut yang ditentukan oleh islam itu ialah persetubuhan yang terjadi di luar nikah, walau pun suka sama suka. Mengapa islam sekeras itu menghukum orang yang berzina? Atau bersalah, ini adalah kerana untuk memelihara dan menjaga kehormatan dan harga diri.

Untuk memelihara kehormatan, hendaklah bubungan lelaki dan perempuan dengan nikah. Dilarang berzina, dizaman pemerintah Khalifah Ali bin Abu Thalib pernah dilakukan hukuman bakar atas orang yang bersetubuh sejenis (liwat) yaitu laki-laki menyetubuhi laki-laki atau perempuan sesama perempuan.Dan pernah juga dijatuhkan hukuman bunuh atas orang yang tertangkap menyetubuhi binatang.

Kecelakaan zina

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”

Riwayat al-Bazzar
Huraian
i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.

ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.

iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.

iv) Hari ini seakan menjadi “trend”, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.

v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Dapat melalui email, kredit kepada penulis

Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.