Tuesday, June 9, 2009
Home » » Ditembak mati dalam masjid

Ditembak mati dalam masjid

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 
BANGKOK, 8 Jun (Bernama) -- Sepuluh orang Islam yang sedang mengerjakan solat ditembak mati Isnin malam oleh lelaki bersenjata dalam satu serangan mengejutkan di sebuah masjid di wilayah Narathiwat di Thailand Selatan.

Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku sekitar 8.00 malam bila sekumpulan lelaki tiba-tiba melepaskan tembakan di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah Cho-Airong.

Beliau berkata maklumat awal dari kawasan itu menunjukkan bahawa 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera.

"Kami masih mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kejadian itu. Pada mulanya dikatakan empat mati, kemudian lapan, dan kini 10. Semua mayat diletakkan dalam masjid," katanya.

Ahad lepas, dua orang terbunuh dan 19 cedera bila puak pemisah menyerang pengawal sukarela dan meletupkan sebutir bom kereta di daerah Jeringa, Narathiwat, empat hari selepas dua orang guru, seorang daripadanya mengandung lapan bulan, ditembak mati di Chanae.

Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.