Sunday, November 9, 2008
Home » » Sinar Bayangan.

Sinar Bayangan.

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Kasih terpaut nian di hati,

Pilu dan sayu menelan duri,

Meratah hempedu kepahitan,

Jarak bakal menghalang pertemuan,

Jalinan kemesraan bak seabad lamanya.


Seiring dan sejalan,

Tautan bunga dan sang kumbang,

Gurau senda ketawa ria,

Menjadi serangkap kenangan,

Selepas bermula perpisahan.


Terbuka pintu hati yang terkunci,

Kerana kasih sayang, kemesraan, kesetiaan dan kejujuran ini,

Tafsiran ikatan yang melangit,

Hati – hati yang tersimpul rapi,

Utuhnya akraban sejati.


Bakal ku tempuhi walau dia tiada di sisi,

Hanya menoleh ke lautan bayangan,

Kabur dalam kegelapan,

Bagai tiada lagi harapan.


Namun ku harus tabah,

Kerana bayangan itu akar meditasi,

Sinar cahaya tanpa warna – warni kehidupan,

Membawa kepada permulaan baru,

Mencorakkan lukisan perjalanan.


Sinar bayangan itu,

Siulan kebahagiaan abadi,

Kerana ku tahu kau ada bersama,

Biar tidak di mata,

Tetapi terus menyuluh panduan langkah ini.


Akan tiba saat ini,

Perpisahan tanpa di duga,

Genggaman semangat membara,

Ku pijak bumi yang nyata,

Sinar bayangan menyalakan jiwa…..


Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.