Thursday, November 6, 2008
Home » » Persahabatan

Persahabatan

Jom Tinggalkan Komen Anda Di Sini
 

Sahabat adalah keperluan jiwa,

Yang mesti dipenuhi,

Dialah ladang hati,

Yang kau taburi dengan kasih,

Dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.


Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu,

Kerana kau menghampirinya saat hati lupa,

Dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.


Bila dia berbicara,

Mengungkapkan fikirannya,

Kau tiada takut membisikkan kata " tidak " di kalbumu sendiri,

Pun tiada kau menyembunyikan kata " ya ".


Dan bila mana dia diam,

Hatimu berhenti dari mendengar hatinya,

Kerana tanpa ungkapan kata dalam persahabatan,

Segala fikiran, hasrat dan keinginan,

Dilahir bersama dan dikongsi,

Dengan kegembiraan yang tiada terkira.


Dikala berpisah dengan sahabat,

Tiadalah kau berdukacita,

Kerana yang paling kasihi dalam dirinya,

Mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya,

Bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki,

Nampak lebih agung daripada tanah ngarai daratan.


Dan tiada maksud lain dari persahabatan,

Kecuali saling memperkaya roh kejiwaan,

Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya,

Bukanlah cinta,

Tetapi sebuah jala yang ditebarkan,

Hanya menangkap yang tiada diharapkan.


Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu,

Jika dia harus tahu musim surutmu,

Biar dia mengenali pula musim pasangmu.


Gerangan apa sahabat itu,

Jika kau sentiasa mencarinya,

Untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?,

Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!,

Kerana dialah yang bisa mengisi kekurangnmu,

Bukan mengisi kekosonganmu.


Dan manisnya persahabatan,

Biarlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan,

Kerana dalam titisan kecil embun pagi,

Hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.


Karya : Khalil Gibran
Adaptasi Oleh : Abadi_rindu

Leave a Reply

citra_rindu08@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Catatan Terkini

Powered by Blogger.